Berita Auto

Volvo V60 Kini Lebih Canggih

Volvo telah memperkenalkan model estate terbarunya iaitu V60. Jika dilihat, ia mempunyai rekaan yang hampir sama dengan V90 yang diperkenalkan hampir dua tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana seperti V90, S90, XC90 dan XC60, model terbaru tawaran Stockholm ini menggunakan platform Scalable Product Architecture (SPA) yang sama.

2018-volvo-v60 (1)

Selari dengan misi Volvo untuk menawarkan pacuan elektrik pada semua kenderaan bermula dari 2019, V60 ditawarkan dengan dua pilihan enjin plug-in hybrid iaitu T6 Twin Engine AWD dengan 340 hp dan T8 Twin Engine AWD dengan 390 hp. Selain itu, ia juga ditawarkan dengan enjin petrol T5 dan T6, serta diesel D3 dan D4.

??????????????????????

Ciri keselamatannya juga setanding dengan model lain. Antaranya adalah City Safety dengan teknologi Autobrake yang membantu pemandu mengelak dari bertembung dengan kenderaan lain.

2018-volvo-v60 (3)

Sistem Pilot Assist yang berfungsi dengan mengawal stereng, pecutan dan brek sehingga kelajuan 130 km/j kini telah dipertingkatkan dari segi pengendalian di selekoh. Kereta ini turut dilengkapi dengan Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan Cross Traffic Alert.

2018-volvo-v60 (2)

Sistem infotainment pula terdiri dari skrin sentuh seperti tablet yang menggabungkan fungsi-fungsi seperti navigasi, Apple CarPlay, Android Auto dan 4G.

Previous post

Hafizh Syahrin Pelumba Malaysia Pertama Beraksi Dalam MotoGP

Next post

Kia Dalam Senarai 5 Teratas Kajian J.D Power 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *