Cerita Auto

Lamborghini Huracan Performante Spyder Diperkenalkan

Anda pastinya tahu bahawa hampir setiap model coupe yang dilancarkan oleh Lamborghini pasti akan disusuli dengan versi ‘convertible’ atau lebih dikenali sebagai Spyder.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini termasuklah Huracan Performante yang diperkenalkan buat pertama kali di acara Geneva Motor Show tahun lalu. Tahun ini, di venue yang sama, Lamborghini mendedahkan Huracan Performante Spyder pula.

Lamborghini-Huracan_Performante_Spyder-2019-1024-02

Sudah tentu, tumpuan utama adalah bumbung ‘soft top’ yang memberikan Spyder karakter yang tersendiri. Bumbung elektrohidraulik itu boleh dibuka dalam masa 17 saat pada kelajuan sehingga 50 km/j. Saluran bersepadu dengan sirip dan dua pelapik angin yang boleh ditanggalkan mengurangkan gelora udara (turbulence) dan bunyi angin.

Lamborghini-Huracan_Performante_Spyder-2019-1024-08

Menurut Lamborghini, bumbung jenis ini tidak menjejaskan aspek aerodinamik jenteranya. Ciri Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) dan sistem pacuan empat roda memastikan prestasi yang setara dengan model coupe. Penggunaan gentian karbon dan aluminium berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg berbanding Huracan Spyder.

Lamborghini-Huracan_Performante_Spyder-2019-1024-09

Seperti Huracan Performante coupe, model Spyder mempunyai sistem penggantungan yang dipertingkatkan, ESC yang telah dikalibrasi, serta Lamborghini Dynamic Steering (LDS) yang lebih responsif. Sistem pemanduan Anima yang merangkumi mod Strada, Sport dan Corsa turut dipertingkatkan.

Lamborghini-Huracan_Performante_Spyder-2019-1024-03

Enjin 5.2-liter V10 dengan 640 hp pada 8,000 rpm dan 600 Nm pada 6,500 rpm memacu Spyder dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.1 saat dengan kelajuan maksimum yang sama dengan model coupe iaitu 325 km/j.

Lamborghini-Huracan_Performante_Spyder-2019-1024-04

Ia akan mula dijual pada pertengahan tahun ini dengan harga 219,585 Euro (RM1,064,482).

 

Previous post

Yamaha Ego Solariz Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Bagi 2018

Next post

Ferrari 488 Pista Di Geneva

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>