Cerita Auto

Lamborghini Urus Super SUV Tiba di Malaysia

Lamborghini Urus akhirnya tiba di Malaysia tiga bulan selepas dilancarkan di di Sant’Agata Bolognese, Itali. Harga anggaran bagi model ini adalah sekitar RM 1 juta tidak termasuk cukai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Digelar sebagai Super SUV, Urus dikuasakan oleh enjin dwi-turbo 4.0-liter V8 yang menghasilkan 650 hp pada 6,500 rpm dan 850 Nm pada 2,250 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan yang bekerjasama dengan sistem pacuan empat roda dan pemvektoran tork.

Urus

Urus memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.6 saat, manakala 0 hingga 200 km/j pula 12.8 saat. Kelajuan maksimum 305 km/j menjadikan ia SUV terpantas dunia.

2019-lamborghini-urus (1)

Sistem ANIMA (Adaptive Network Intelligent MAnagement) menyediakan mod pemanduan Strada, Corsa, Sport, dan Neve (salji). Mod Terra (off-road) dan Sabbia (pasir) pula ditawarkan secara pilihan. Ia turut dilengkapi dengan sistem stereng roda belakang yang turut digunakan pada Aventador S.

urus

Buat pertama kalinya bagi Lamborghini, sistem ‘active roll stabilization’ digunakan untuk mengurangkan olengan sama ada di jalan lurus atau berselekoh. Pemandu juga boleh melaraskan peredam adaptif mengikut kesesuaian sendiri menerusi sistem ANIMA atau mod EGO yang terdapat pada tombol gear.

urus

Urus didatangkan dengan rim 21 inci secara standard, namun pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan rim 23 inci. Sistem brek pula terdiri dari cakera seramik karbon bersaiz 440 mm di hadapan dan 370 mm di belakang.

 

 

Previous post

Vespa GTS Super 300 Kini di Malaysia - RM28,202

Next post

BMW Malaysia Buka Tempahan Untuk X2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>