Psst!

McLaren Senna GTR Habis Dijual

Diperkenalkan di Geneva Motor Show 2018 yang berlangsung awal bulan ini, McLaren Senna GTR telah berjaya menarik minat ramai dengan reka bentuk radikal dan spesifikasi yang mengagumkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut laporan Autocar yang memetik jurucakap McLaren, lebih 150 individu telah menyatakan minat untuk membeli jentera litar itu ketika ia sedang dipamerkan.

mclaren-senna-gtr-concept

Malangnya, McLaren merancang untuk mengeluarkan tidak lebih dari 75 unit Senna GTR bagi mengekalkan keeksklusifan jentera buatan tangan itu. Dalam erti kata lain, kereta ini telah pun habis dijual.

mclaren-senna-gtr-concept (1)

Seperti Senna standard, versi GTR ini dikuasakan oleh enjin 4.0-liter twin turbo V8 namun kuasa dijangka meningkat sehingga 825hp. Ia juga dilaporkan mempunyai transmisi perlumbaan dan kawalan cengkaman boleh laras seperti yang terdapat pada P1 GTR.

mclaren-senna-gtr-concept (3)

Ia akan dipasang di kilang McLaren yang bertempat di Woking dengan harga kira-kira £1 juta (RM5.51 juta) sebelum cukai.

Previous post

NEW X3 BMW Akan Datang April Ini

Next post

Top Gear Hasilkan Traktor Terpantas Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>