Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Solariz Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Bagi 2018

Selepas lebih setahun dilancarkan ke pasaran Malaysia, Yamaha Ego Solariz kini boleh didapati dengan grafik baharu dalam empat warna baharu iaitu merah, biru, ungu dan magenta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harga bagi model ini tidak berubah iaitu RM5,548 termasuk GST, tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans.

sol purple02

 

Ego Solariz dikuasakan oleh enjin BlueCore 125 cc dengan sistem suntikan bahan api yang menghasilkan 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Tali sawat-V automatik ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

sol blue03

Antara ciri-ciri yang ada termasuklah lampu penunjuk Eco pada panel meter, serta ruang simpanan berkapasiti 10 liter yang terletak di bawah tempat duduk.

sol red06

Selain itu, skuter seberat 94 kg ini juga mempunyai tangki bahan api 4.2 liter, serta brek cakera hidraulik di depan dan brek gelendong di belakang.

 

Previous post

Mercedes-AMG GT Coupe 4 Pintu Akhirnya Didedahkan

Next post

Lamborghini Huracan Performante Spyder Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *