Gaya Hidup

Persembahan Muzik, Makanan Dan Permainan Di BMW Motorrad Nightfuel 2018

BMW Motorrad Malaysia bakal menyambut Making Life a Ride bersempena BMW Motorrad Nightfuel ke-4 pada hari Sabtu, 7 April ini di Putrajaya Recreational Airport.   Acara dipenuhi muzik, hiburan, dan makanan ini merupakan acara pertemuan terbesar bagi peminat-peminat motosikal premium dari seluruh pelusuk negara.

Peminat yang hadir akan diberikan pratonton eksklusif rangkaian BMW Motorrad Spezial iaitu rangkaian istimewa yang mempunyai seleksi pengubahsuaian untuk jentera BMW R NineT yang menawarkan sentuhan peribadi dengan kualiti terbaik. Rangkaian ini merangkumi warna-warna ekslusif Spezial dan aksesori tambahan berkualiti tinggi di mana kesemuanya boleh dipadankan dengan penampilan menyeluruh BMW R NineT tersebut.

Untuk memeriahkan lagi malam istimewa ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk penunggang motosikal dan mereka yang menggemari BMW Motorrad. Rangkaian aksesori penunggangan BMW Motorrad terbaharu akan turut dipamerkan di samping hidangan makanan yang lazat ketika acara tersebut berlangsung yang akan disertakan dengan alunan muzik tempatan melalui persembahan daripada kugiran muzik, 9 Lives. Para hadirin juga berpeluang mencuba nasib melalui beberapa sesi cabutan bertuah yang diatur, ‘Win with BMW Motorrad’.

Butiran acara:

Tarikh: 7 April 2018, Sabtu

Waktu: Dari 7:00 Petang hingga 11:30 Malam

Tempat: Putrajaya Recreational Airport (Airfield)

Jalan P6, Presint 6, 62200 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Motorrad Nightfuel 2018, layari laman Facebook BMW Motorrad 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

Akhirnya ... Toyota 86 Turbo Dengan 260 bhp Sedang Dibangunkan

Next post

Honda Malaysia Panggil Semula 23,899 Unit Kenderaan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>