Sukan

Sertai Pemanduan Mengujakan Bersama Pemandu Terkenal Dan PROTON

Penggemar-penggemar kereta di Malaysia yang melawat Malaysia Autoshow akan dapat merasai pengalaman luar biasa yang disediakan oleh PROTON dan pemandu-pemandu terkenal iaitu Karamjit Singh dan James Veerapen. Kedua-dua pemandu yang sebelum ini telah dinobatkan dengan pelbagai pingat kemenangan – Karamjit merupakan juara sebanyak tiga kali bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan mendapat gelaran juara dalam Kejohanan Rali Dunia bagi Production Car 2002 (PWRC), manakala James memenangi pelbagai perlumbaan termasuk perlumbaan 1000km Sepang 2017. Ketika acara berlangsung, pengunjung akan dipelawa untuk sesi joy ride yang akan memberikan keterujaan kepada pelanggan PROTON yang menempah kereta atau membeli barangan cenderahati dan alat ganti di tapak pameran.

Karamjit Singh

Kehadiran pemandu-pemandu dan aktiviti joy ride merupakan sebahagian daripada pengalaman yang ditawarkan di pameran tersebut. Pengunjung yang datang ke dewan pameran dan membuat tempahan bagi kereta baharu akan berpeluang memenangi baucar hadiah khas yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian Proton baharu mereka. PROTON Commerce turut menawarkan promosi istimewa kepada 100 pelanggan pertama yang akan diberi ganjaran RM300 baucar beli-belah AEON apabila pinjaman mereka telah diluluskan. Ini adalah tawaran tambahan selain daripada promosi terkini iaitu body-kit percuma dan pinjaman tanpa faedah* yang boleh didapati di semua cawangan PROTON.

PROTON juga akan mempamerkan kemahirannya dalam sukan permotoran dengan menawarkan para peminat untuk mengenali lebih dekat jentera-jentera yang digunakan. Kemunculan pertama di Malaysia ialah kereta rali Proton Iriz yang telah dibangunkan untuk bersaing di daerah serantau dan Kejohanan Rali Dunia 2 (WRC2). Pemenang perlumbaan Proton Iriz yang dibina oleh PROTON R3 juga akan dipamerkan bagi menonjolkan kebolehupayaan kereta tersebut sebagai asas kepada pelbagai acara sukan permotoran.

James Veerapen

“Malaysia Autoshow telah menjadi tumpuan tahunan untuk penggemar kereta kerana popularitinya terus berkembang. PROTON telah merancang untuk mempamerkan jenama dan produknya kerana kami akan beralih ke masa hadapan bersama rakan kongsi kami iaitu Geely. Dengan joy ride yang disediakan, kami berharap dapat memberikan pengalaman mendalam kepada semua pengunjung sesuai dengan tema keseluruhan iaitu 360° Mobility Experience,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa.

Malaysia Autoshow 2018 akan berlangsung dari 26-29 April 2018 di Pameran Taman Agro Malaysia Serdang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Honda Malaysia Buka Pusat 3S di Banting

Next post

Apa Yang Akan Perodua Lancarkan di Malaysia Autoshow?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>