Cerita Auto

Proton Sediakan Khidmat Mobile Assist 24/7 Sempena Hari Raya

Pemilik Proton yang pulang ke kampung halaman pada musim perayaan ini tidak perlu risau sekiranya menghadapi masalah kerana Proton menyediakan 36 pasukan Mobile Assist yang beroperasi secara 24/7 di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Sejak tahun 1996, pasukan Mobile Assist Proton telah menyediakan bantuan jalan raya jika terdapat sebarang masalah yang menimpa pemilik Proton. Seperti rakan yang boleh diharap, bantuan ini adalah 24 jam/7 hari seminggu melalui Talian Khidmat Pelanggan 1800-888-398,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar Sdn Bhd.

Selain itu, Proton turut bekerjasama dengan Multi Automotive Service and Assist (MASA) untuk menyediakan perkhidmatan trak penunda percuma untuk kenderaan yang masih dalam tempoh jaminan. Untuk kereta yang sudah melebihi tempoh jaminan, bayaran minima sebanyak RM31.80 akan dikenakan.

Proton mobile assist

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau muat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Previous post

BMW Group Malaysia Terus Komited Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

Next post

Bantuan Jalanan Weststar Maxus Sepanjang Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>